Monday, June 22, 2009

Isnin, 4.45pm - 6.15pm_Bacaan dan Kosa Kata

Latihan 1

Singapura : 19 Jun 2009

MAYAT BAYI DITEMUI DI TANGGA FLAT

SATU bungkusan plastik berwarna putih yang tersadai di kawasan tangga di Blok 334 Bukit Batok Street 32 disangka sampah biasa. Rupa-rupanya, bungkusan yang ditemui Encik Shahjahan Abdur Rahman pada 4.20 petang kelmarin itu berisi mayat bayi.

Mungkin kerana tergamam, Encik Shahjahan, 28 tahun, hanya melaporkan kepada penyelianya, Encik Nasir Hossain, kira-kira sejam kemudian. Bayi itu disahkan meninggal dunia pada 6.15 petang.

Latihan Bacaan (10 markah)

Soalan: Berikan pendapat anda tentang petikan ini. Bincangkan mengapakah kejadian seperti ini boleh berlaku.

Markah: 10 markah (Setiap latihan akan dinilai)

Cara menjawabnya:
Letakkan 1) Nama 2) Tarkh 3) Kelas 4) Jawapan anda di ruangan 'comments' di bawah.


Latihan 2

Latihan Kosa Kata (9 markah)

Arahan: Cari makna perkataan-perkataan di bawah dan berikan maknanya. Kemudian bina sebuah ayat ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.

a) bungkusan

b) tersadai

c) penyelianya

Cara menjawab juga serupa dengan latihan sebelumnya, iaitu anda menjawab di bahagian 'comments' dengan meletakkan nama, tarikh dan kelas.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment